karimadimana sudah berpindah

Salam semua,

Saya telah berpindah ke website sendiri di http://www.karimadimana.com/
Semua artikel baru tidak akan lagi di tulis disini.
Semua artikel lama sudah ada di website baru juga.

Terima kasih.

How to Book a Hostel Room

If you are like me, you’ll always try to find the best hostel possible with the cheapest price. However, the task usually takes more time than it should. There’s hundreds of hostel in a city makes it harder to find the best deal, with additional requirements like 4-6 bedded female dorm with attached bathroom, near public transport or main bus station and has free wi-fi.

But believe it or not, other people also looking for the same facilities. That’s why we can make use of other people experience. Let me show you.

So, here goes:

1. You might want to read the Wikitravel site of the place you want to go, to get the rough ideas on overall budget.

2. Have a budget on how much you want to spend (at least roughly). Everything has its price. You also have to know how much you are willing to pay. Usually in Australia and New Zealand or Singapore, it’s around $30 (their currency respectively), India about Rs700, and China around 40 yuan. This is all, the price for one ‘BED’ in shared dorm. Not a price for 1 room. Expensive indeed, accommodation is usually one third of your daily expenses during travel. There’s substitute for hostel of course. But that we'll cover in other post. 

3. Go to the online accommodation booking  sites – Agoda/ Air Bnb/ Hostelworld /Hostelbooker/ Booking.com/etc.

4. Fill in place, date and number of people right away. (I'm considering you have fix plan for your trip. This post is not for flexible trip, fyi)

5. Sort result based on Review. 'Review' is practical because people really stayed there, but somehow it’s also not accurate. Get the hostel which has more reviews. If it has review of 9.9, but only 3 people review it, you can look at other hostels. 

6. Open up to 10 choices, that is in high ranking review & within your budget. At this point, you might consider the public transport access & the area that you prefer more with the facilities that you want.

7. Choose your hostel & room

8. Book & Pay!

9. Completed & make sure you receive confirmation email of the booking.

Additional notes:
* PERFECT hostel with perfect price is almost never exist, no matter how hard you try, wait or playing with dates and time.  The best rate you find on that day is your best price. It’s ok if the price lowers tomorrow. Sometimes we win, sometimes we lose. 
* I’ve read somewhere that cheapest day to book on Agoda in on Wednesday. I haven’t tested this. You can try. 
* Cheapest hostel usually not worth it. It’s one of the mistakes that I learnt so far.  Don’t sort hostel based on the price (unless you ARE looking for the most expensive hotel in town for whatever reason. And did I already told you not to choose the cheapest hostel?). 

* My point here is, booking a hostel doesn't have to take lots of your time. Its easy and you shouldn't complicate yourself. 

Until next time, have a great day people!

Leh – Apa yang anda perlu tahu

Lori warna warni sepanjang lebuhraya. 

1. Pengangkutan dari Delhi.
Jarak Delhi ke Leh adalah lebih 1000km. Dan kerana kami juga ingin melawat Srinagar, kami ke Srinagar dahulu dengan kapal terbang tempatan dan menaiki kereta sewa dari sana.
Jika mahu ke sana melalui Manali, anda boleh naik overnight bus. Naik keretapi pun boleh juga, tapi tak ada stesen keretapi di Manali, jadi masih perlu pengangkutan lain.
Untuk ke Leh pula, ada 2 cara biasanya dari Manali ataupun Srinagar iaitu dengan kereta atau kapal terbang sahaja.

Kelebihan menaiki kapal terbang:
  •          Lebih cepat
  •          Lebih selesa
  •          Pemandangan menarik dari atas – aerial view

Kelemahan menaiki kapal terbang:
  •           Lebih mahal
  •           Tiada masa untuk ‘acclimitization’ (ini amat amat penting, baca tentang acclimatization di bawah)
  •           Tidak dapat melihat pemandangan dan kehidupan orang tempatan

Fotula Top - tempat paling tinggi di salah satu jalan paling tinggi didunia -  Srinagar - Leh Highway

Kelebihan menaiki kereta:
  •       Ada cukup masa untuk acclimatization
  •          Pemandangan yang menarik
  •          Melalui antara lebuhraya yang paling merbahaya di dunia (ini mungkin bagi sesetengah orang adalah sesuatu yang mereka mahu elak, tapi percayalah, its worth it!)
  •          Boleh berhenti sesuka hati (ikut pemandu juga lah, pemandu kami, Latif, sangat sporting. Untuk hubungi latif – lateefsadiq786@yahoo.in)
  •         Lebih murah (terutamanya jika pergi berkumpulan)
  •      Ia juga adalah satu pengembaraan sebenarnya

Kelemahan menaiki kereta:
  • Lambat (sekurang-kurangnya 2 hari. Boleh juga dilakukan sehari, tetapi akan jadi amat memenatkan, tak sempat nak menghayati keindahan sepanjang jalan)
  • Tidak selesa – lebuhraya Srinagar – Leh bukan macam lebuhraya PLUS. Jalannya bengkang bengkok dan tak rata. Jangan harap boleh ambil gambar atau video dari dalam kereta.


Kemudian dari Leh, kami ke Manali dengan kereta sewa juga dan ke Delhi dengan overnight bus (15 jam).
Tapi, kalau tak cukup masa, boleh pilih kapal terbang untuk pulang semula ke Delhi. Kami banyak masa, jadi kami pilih cara yang lebih perlahan. Tapi bila difikirkan, lebih baik naik kapal terbang sebenarnya, sebab waktu itu dah penah untuk menikmati pemandangan.

2. Acclimatization
Kerana Leh terletak di altitude tinggi (3524m), AMS (Acute Mountain Sickness) adalah sesuatu yang biasa dialami oleh pelancong. Cara yang paling baik untuk mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat AMS adalah dengan perjalanan yang perlahan dimana tubuh boleh beradaptasi sedikit demi sedikit. Jadi, sangat digalakkan untuk ke Leh dengan kereta, berbanding kapal terbang. 

Pengalaman saya, walaupun sudah naik kereta dari Srinagar ke Leh selama 2 hari, pada hari pertama dan kedua di Leh, saya juga berasa agak sukar bernafas, walaupun saya tidak berjalan atau menaiki tangga. Ada juga antara kami yang pening kepala teruk.
Kami juga terjumpa pelancong Malaysia yang datang dengan kapal terbang, terpaksa di masukkan ke tempat oksigen kerana masalah AMS yang agak teruk.
Biasanya, ramai orang mengesyorkan supaya makan ubat ‘diamox’ (macam Panadol untuk AMS). Tapi mengikut kata guide ketika kami trekking, tak perlu makan jika tiada symptom-simptom AMS. Cuma banyakkan minum air dan berehat sehari dua setelah sampai. (Kalau sesiapa yang mahu trekking, sila berehat secukupnya sekurang-kurangnya 2 hari. Jangan ambil risiko)

3. Makan dan Penginapan:

Bunga-bunga di dalam Palu Guesthouse. Pagi-pagi kami sarapan al-fresco disinilah :)
Penginapan di Leh ada dari semurah Rs150 seorang sehinggalah Rs3000 seorang. Tepuk dada tanya selera anda suka yang macam mana. Tapi saya cadangkan, ambil yang sekitar Rs600 – 800. Ia biasanya sudah cukup selesa  (Yang harga Rs150 itu tandasnya tandas Ladakhi, cubalah Google macam mana tandas Ladakhi). Kami tinggal di Palu Guesthouse di kawasan Changspa. Ia terletak di belakang restoran Wonderland, yang terletak di sepanjang jalan Changspa. Agak jauh jika berjalan kaki ke pusat bandar (mungkin 1.5-2km) tapi kawasannya cantik dan harganya berpatutan. Tandas juga bersih. (Palu tak ada website atau nombor telefon, kami pergi walk-in sahaja).
Untuk makan pula, di Palu Guesthouse juga ada disediakan makanan. Tapi kami biasa makan sarapan sahaja disitu. Toast dengan omelette dengan kopi atau teh. Ada restoran vegetarian Cina berdekatan. Restoran halal ada di tengah bandar dan di sepanjang jalan menuju ke Thiksey monastery. Mungkin boleh tanya dengan pemandu teksi. Disini ramai juga pemandu teksi muslim (ramai yang datang kesini dari Srinagar ketika musim pelancong dari bulan Jun – September).

Makanan tempatan biasanya momo (macam dumpling) dan roti. Tapi banyak juga kedai yang menjual makanan barat. Pizza, spaghetti dan mi ada di kebanyakan kedai makan. Minum air mineral dalam botol sahaja untuk selamat.

Nasi goreng cendawan, pasta, mi goreng vege, telur dengan kari telur dan sup masam pedas di salah satu kedai vegetarian. Tapi janganlah banding dengan makanan Malaysia. 

4. Aktiviti dan tempat untuk dilawati
Yang ini boleh google sendiri dan mengikut kesukaan sendiri. Kalau suka aktiviti lasak, ada pilihan untuk trekking, hiking (ada banyak level), boleh juga berbasikal atau bermotorsikal di jalan paling tinggi di dunia. Boleh juga melawat kampung-kampung untuk belajar adat budaya Ladakh. Tempat-tempat cantik termasuklah Panggong Lake dan Nubra Valley (lebih baik pergi bermalam disana semalamam). Disini paling banyak adalah istana lama dan monastery, iaitu tempat sami-sami Buddha belajar dan tempat beribadat mereka. Kalau ada peluang, berbuallah dengan mereka, biasanya mereka pandai berbahasa Inggeris dan peramah. Disini juga popular dengan epal kecil dan apricot kecil. Cubalah rasa. Memang sedap dan segar.

Pangong Lake yang sangat popular selepas filem 3 Idiots (kerana ia difilemkan disini). Sekolah Roncho pun ada di Leh (kalau anda tengok 3 Idiots mesti tahu). Antara sekolah paling cantik saya pernah pergi dan ia berkonsepkan sustainable/green building

Itu sajalah dulu setakat ini, kalau ada soalan atau ada tips yang lain untuk dikongsi, sila lah komen dekat bawah :)

Markha Valley Trek – Our experience

Not really sure what pose is this actually..just do it because of peer pressure i think..tehee
1. It takes 7 days trekking starting with a car ride from Leh town to Zingchen, ending at Shang Sumdo, where a car brought us back to Leh.

2. Markha Valley Trek has 2 pass (something like ‘peak’ or the highest point of the route) – Ganda La pass with 4900m and Gong Maru La pass with 5200m above sea level (Yes, its higher than Mount Kinabalu)

I miss those blue skies...
3. Our guide was from Darjeeling, even though we asked for a Ladakhi guide, who understand culture and people more. But he was a good one and very patient with us although we were really, really slow and he has lots of experience with Markha Valley too.

4. Actually, some of the guides, and also some trekkers, bet that we won’t finish the trek. But we prove them wrong. Yes there are some people couldn't make it until the end. And we met some of them earlier. And we didn't look any fitter or stronger or faster than them. #itsallinthehead

Who said we can't do this, again?? well..look who's smiling now ;)
5. There are 2 ways of doing the trek; ‘homestay’ style and ‘camping’ style. Homestay is a bit cheaper but it’s actually better because you get to stay with local and help local economy.

6. The most challenging part during the journey, apart from the trekking itself, was the food. First there’s no meat. Second, there’s no curry either. Third, breakfast and lunch usually, almost the same thing, which was homemade capati and jam/butter.

Normal setting of homestay bedroom I like it because we all can fit in 1 room. 
7. However, that’s not all we ate. Usually in the morning, we’ll have capati with bread/jam and hot teh O. For lunch, we bring lunchpack provided by guesthouse that we stayed for the night – which was usually capati again (or something similar), boiled potato, boiled egg, a bar of chocolate and ‘air kotak’. Sometimes we have banana and apples too.

8. For dinner, we’ll have hot soup first (usually made with instant soup powder), then we’ll have rice with vegetables and dhal aka dhal bhat (which was really bland to our taste bud). Also with hot ‘teh o’. (They call it ‘black tea’, the ‘teh susu’ they call just ‘tea’)

This is something like dhal bhat. Rice with vege (usually cabbage&potato), dhal with gravy (most of us don't really like it) and capati too. There's 1 time we had only simple momo with some vege (because we arrived around 9pm already), and another time we had something like 'pau' with dhal & gravy
9. Oh yeah, another challenge was cold temperature and that made the night sleep a a bit challenging too. The worst was at Nimaling on the 5th night where it was windy and so cold our bottled water turned to ice overnight. Peak season to do this trek is in June until August when it’s a bit warmer. We went in September. 
Out tent site at Nimaling. The only night we stayed in tent. You have no idea how this humble view give the hardest challenge
10. And the toilet. Ladakhi toilet was very basic. Just a hole inside a square room. I leave the rest to your imagination. You can google it too. And oh well, there's no toilet along the trek. Just nature toilet :))

11. Overall distance of the trek was bout 80km

12. Usually we start our journey around 7 or 8AM in the morning, just after breakfast

13. There are 2 or 3 days that we arrived at homestay at night, around 8 or 9 PM, so it was about 12 or 13 hours of walking

14. Yes, we walked most of the time for the whole 6 days

Just walk..and walk..and walk..and eventually, you'll arrive somewhere - the best philosophy during trekking

15. And taking photos and videos….and day-dreaming about Malaysian food like ayam kampung goreng, masak lemak siput sedut, kerabu taugeh perut and sambal.

16. And we didn’t shower for 6 days straight - A new record for all of us

17. There were lots of river crossing. Even the water not really deep, but it the stream was rapid and strong because the water comes from the glacier high above

18. I wear the same trekking shirt, inner and pants for the whole 6 days, only change to sleeping outfit at night (which was also just 1 set). Sometimes when too tired, I slept with my trekking outfit. 

19. There were tea houses along the trek. Usually we just had drinks (black tea most of the time), but we had Yappie (a.k.a Maggi) twice because we can’t eat capati no more.

Kedai kopi. All of the teahouse sell instant noodle. among other thing...
20. There’s no electricity during the trek. So without extra battery, my slr camera got out of battery on the 5th day morning. The solar powerbank doesn’t really help either.

21. Of course no wifi. Not even phone signal (just in some high place they can get reception)

22. But who needs technology when you are the one of the most beautiful place on earth

From Zingchen to Shang Sumdo

With our host on the last day...they were all friendly, but most can't speak English. And we can't speak Ladakhi. But kids learn English in school. And they are quite good actually. 

* more on the itinerary, packing list, tips and the whole trip in later posts #delhi-srinagar-leh-manali-delhi

10 things that a kampung girl (aka: ME) learns from traveling


1.  People are all the same. Growing up in kampung, I always thought that we were the less fortunate people. We were in most ways not better than city people and of course Westerners. I always felt that I can’t be like them, think like them and create things as good as them. Ever.  
Truth is, we are all the same. We enjoy the same thing, we laugh at the same joke. We are just like the same product that comes from the same factory. We just have different journey. And the one who works harder will be more successful and the one who study harder will be more intelligent. The basic rule that applies to everyone, doesn’t matter you are kampung girl, slum boy, city chick or blonde. Well, sometimes it just plain luck for some to have better opportunities, resources and exposures.

2.  Happiness is relative. It doesn’t mean that if you have all the things that world has to offer, you are the happiest person in the world.

3.  The more scarce the thing, the more sweetness in it and the more you will appreciate it. Money, time, friends. The key words are “Appreciate” and “Be Grateful”. So, who you think is luckier now…the one who has everything or the one who struggle to get almost anything? Read the first line in point No. 3 again if you are unsure.

4.  Not all people can speak English and we are not the worst English speaker.  After few travels I realized that sometimes I’m the most fluent English speaker in various events. During study years, I believe that all European can speak English, because you know, they live near Britain, the land of English language. Truth is, I’m better English speaker than most of European I met (well, of course I’m not comparing myself with English or Germans). Some of them don’t even care about English before traveling. But language skill is something you can catch up while traveling. I know most Malaysian are better at English, in their head. We are shy to talk. Our friend will laugh at us if we slipped between was and were, he and she. Believe me, in China, Yunnan province to be specific; most people don’t even understand basic English such as bus, toilet, food or airport.

5.       Asian has confidence issue. It always gives me pain in the stomach when I heard Asian complaining about their country to Westerners and thinking about migrating (again and again). Its nothing wrong to migrate, but just don’t whine too much about your own country. I’m patriotic that way. Since we born, we used to be fed with information such as Western is better, Asian is always behind. Western is first world, we are the 3rd world. Sad labelling, but we used to that and its already in our belief system. If people said otherwise we won’t accept it. Asian, please realize, we are at the dawn to be the next first world (nothing wrong to be optimistic right?). So, brace yourself, proud of who you are, be confident. And read again point No. 1 above.

6.       It’s OK to have a weird name. The more I travel, the more I got compliment on my name as not many people used to hear that name (although my name is quite common in Middle East thou). I used to hate my name. Its sounds like ‘kari’  the food (no offence to curry, in fact I love curry), and doesn’t sound pretty too, like Farah or Hana. It feels like an old name as well because it ends with ‘mah’. But when a French pronounce ‘Karimah’ it suddenly feel like a romantic name. I first got a compliment from stranger, when I introduce my name “I’m Karima” (you know, in English they always silence the ‘h’ at the end) and they said “What a beautiful name” and I was like, really? My name is beautiful? Seriously? So slowly, I started to accept it. And I still got compliment once in a while. The last one actually this month (and I wasn’t even traveling).

7.       Truth is, it’s not that people don’t want to talk to you or be your friend, but you made them intimidated to even talk to you. This is introvert thing. I used to be so scared to talk to strangers and always feel like no one wants to talk to me. Not anymore.

8.       Cooking food to stranger is one of the best ice-breaker. And being a kampung girl, I have a little bit of cooking skill and it pays off (even just a simple ayam goreng or nasi goreng). As an introvert, it is almost impossible for me to join people talking and laughing at the bar most of the time. So I mingle in the shared kitchen in the hostel and share food.

9.       Malaysia is one of the best countries in the world. Screw that ‘The Happiest Countries in the World’ list. We have the best of food, weather, people, culture, history and natures. Of course there will be arguments on this, especially from Malaysians. But so far, I’m very a firm believer in this. The more I travel, the more I love my own country.

10.   Not many Muslim travellers out there. Once in small town in Australia, a Makcik came to me and said ‘Are you a backpacker?” when she saw me carrying a big backpack. ‘Yes’, I said. Then she said, ‘Well, I never see a backpacker with hijab’. And that made me realize something. Muslim traveller is scarce. Worse is, most people in this world can only relate to terrorism when they see hijabis. I am glad that I met that Makcik that day. At least she sees a different muslim in her lifetime. A hijabi, the one who love travel, people and places, not the same ‘terrorist’ stereotype she always saw in the news.

“I hate traveling and never ever travel again" Said no one.”

So, lets travel far and wide! 

Best places to go in 2015





Just go wherever your heart tells you!


Tips asas mengembara di Yunnan, China

Tips asas mengembara di Yunnan, China

Yunnan adalah satu daerah dalam negara China yang menarik untuk dilawati. Selain keindahan alam, disini juga terletaknya dua kota lama China yang penuh dengan bangunan lama dan jalan berbatu cobbler. Walaupun kedua-dua kota itu telah dikomersilkan, masih kelihatan senibina lama yang masih terjaga. Bukan sahaja untuk pelancong luar negara, warga tempatan juga merupakan pelancong paling ramai di Yunnan.
Warga Kunming menyanyi dan menari di awal pagi dengan pakaian tradisional
 Disini ada beberapa tips asas untuk mengembara di Yunnan untuk rujukan awal bagi mereka yang bercita-cita untuk meneroka Yunnan.

  1. Pengenalan:
    1. Anda boleh mulakan perjalanan dari Kunming atau Chengdu dan berakhir di Xian
    2. Namun, biasanya, tiket kapal terbang pergi balik adalah lebih murah dari tiket sehala. Jadi, anda boleh mulakan dan mengakhiri pengembaraan di tempat yang sama. Cadangan saya, beli tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kunming. Kunming juga merupakan bandar terbesar di Yunnan.
    3. Ia juga adalah kerana dari Lijiang, Dali atau Shangrila, tidak ada banyak pengangkutan untuk ke Xian atau Chengdu, melainkan anda balik semula ke Kunming.
    4. Mod pengangkutan terbaik dari satu tempat ke satu tempat adalah dengan menggunakan keretapi. Anda boleh menaiki keretapi malam dari Kunming ke Lijiang atau Dali. Ia akan mengambil masa kira-kira 12 jam. Bas juga sesuai untuk perjalanan yang lebih singkat. Tetapi, satu yang saya perlu ingatkan bahawa, di dalam perjalanan bas, tandas yang disediakan di hentian rehat agak kotor untuk digunakan. 
  1. Bagaimana untuk membeli tiket keretapi:  
    Keadaan dalam keretapi kelas 'hard sleeper'
Anda boleh membeli tiket keretapi melalui laman web CTrip, tapi biasanya lebih mahal. Tiket akan dibuka 18-20 hari dari tarikh perjalanan. Jadi, saya kira lebih baik membeli ketika sudah sampai disana. Untuk yang tidak tahu berbahasa Cina seperti saya, ini langkah-langkah yang saya lakukan untuk membeli tiket:

    1. Periksa jadual keretapi disini
    2. Pilih tarikh, masa, nombor keretapi, kelas dan kedudukan katil (jika and mengambil katil).
    3. Terdapat beberapa kelas dalam keretapi. Tapi saya memilih kelas ‘hard sleeper’ untuk setiap perjalanan. Ia sudah cukup selesa saya kira. Mereka juga menyediakan bantal dan selimut tebal di kelas itu.
    4. Jika anda mengambil katil, pastikan tulis katil yang mana satu. Di kelas hard sleeper, ada 3 tingkat katil. Tingkat bawah adalah yang paling mahal, diikuti dengan tingkat tengah dan atas. Jika waktu perjalanan waktu siang, lebih baik anda memilih tingkat bawah atau tengah supaya mudah untuk melihat pemandangan. Jika waktu malam, saya cadangkan ambil yang paling atas sahaja. Di tepi tingkap sebelah kanan, ada disediakan 2 bangku  dan satu meja kecil untuk setiap ruang 6 katil, tetapi ia adalah ‘first come first serve’.
    5. Tulis semua maklumat dengan jelas
    6. Minta kakitangan hostel yang tahu bahasa Inggeris untuk terjemahkan segala maklumat yang telah anda salin ke bahasa Cina. Biasanya mereka boleh melakukan dengan percuma. Ada juga sesetengah hostel yang boleh membeli tiket untuk anda, namun caj mereka lebih mahal sedikit
    7. Pergi ke stesen keretapi terdekat atau Pajabat Tiket yang biasanya ada di bandar-bandar besar seperti Kunming. Pejabat Tiket biasanya lebih selesa dan tidak perlu beratur panjang seperti di stesen keretapi yang sentiasa penuh dengan manusia. Biasanya mereka akan mengenakan bayaran sebanyak 5 yuan untuk satu tiket.
    8. Tunjukkan maklumat yang anda sudah terjemahkan kepada petugas di kaunter dan sediakan duit secukupnya
    9. Setelah mendapat tiket, periksa semua maklumat sebelum meninggalkan kaunter. (Jangan jadi macam saya yang tersalah tarikh tiket untuk satu perjalanan dulu)
 * Lebih maklumat berkaitan keretapi di China disini

  1. Makanan 
    contoh menu yang terdapat di dinding kedai makan beserta harga
    1. Untuk mendapat makanan halal di Yunnan tidaklah begitu sukar kerana terdapat masyarakat muslim disini. Harga satu pinggan nasi atau mi di kedai-kedai kecil biasanya sekitar RM7-15 (15-30 Yuan)
    2. Disini, di kedai-kedai kecil yang biasa saya makan, mereka tak menyediakan air macam sirap limau atau teh ais, cuma air dalam botol sahaja. Harganya sekitar 3-5 yuan sebotol untuk teh ais, orange juice, dan lain-lain. Rasanya hampir sama seperti di Malaysia juga.
    3. Biasanya kedai makan muslim ada menulis tulisan dalam bahasa arab, seperti Tho’am Muslimin bermaksud ‘ tempat makan muslim’ ataupun ‘Bismillah’ ataupun tulisan ‘Halal’. Biasanya papan tandanya juga berwarna hijau. Selain itu, di masjid, masjid biasanya terdapat kedai makan juga.
    4. Biasanya di kedai-kedai ini mereka mempunyai gambar makanan yang ditampal di dinding. Jadi untuk mudah, cuma tunjukkan gambar makanan mana yang anda ingin makan.
    5. Kebanyakan kedai juga menyediakan mi mereka sendiri. Ia adalah sesuatu yang saya sangat suka tentang makanan disini, mi segar seperti mi tarik dan sebagainya yang di rebus sejurus sebelum dimasak mengikut menu yang dipesan.
    6. Saya makan di kedai-kedai kecil begini kebanyakan masa kerana ia menyediakan makanan sepinggan lengkap, seperti nasi goreng, mi goreng atau mi sup yang sesuai untuk saya yang mengembara sendirian. Menu juga nya agak sama diantara satu kedai dengan kedai lain. Jika anda mengembara beramai-ramai, boleh juga cuba di restoran yang lebih besar yang biasanya menyediakan lauk pauk untuk dimakan beramai-ramai.
    7. Terdapat beberapa kedai halal dalam Kota Lama Dali, namun saya tidak berjumpa kedai halal dalam Kota Lama Lijiang. Jadi saya biasanya ke kedai makan yang terletak di hadapan stesen bas. Terdapat beberapa kedai halal disitu. 
  1. Cuaca
    1. Pada bulan Jun, cuaca disini sangat selesa. Tidak terlalu panas dan tidak begitu sejuk. 
    2. Masa terbaik untuk ke Yunnna adalah sekitar April sehingga Jun. 
    3. Namun musim hujan adalah antara bulan May sehingga Oktober
  1. Pengangkutan dalam bandar 
    The Red Land of Kunming
    1. Pengangkutan awam, terutamanya bas, sangat banyak di Kunming, Dali dan Lijiang. Masalah utama hanya saya tidak tahu nama stesen yang ditulis dalam bahasa Cina. Jadi, minta maklumat dari hostel untuk dari satu tempat ke satu tempat dan minta mereka menulis nama stesen dalam bahasa Cina.
    2. Ada sesetengah tempat menulis nama stesen dalam huruf latin moden seperti yang kita biasa gunakan, namun tak semua.
    3. Biasanya untuk bas dalam bandar, ia hanya berharga 1 atau 2 yuan untuk setiap perjalanan.

  1. Penginapan 
Penginapan untuk satu malam di bilik dorm adalah sekitar RM20-30 seorang (35-60 Yuan). Biasanya saya memilih Female Dorm yang berharga sekitar 40-55 Yuan. Ada juga Mixed Dorm yang biasanya lebih murah.

    1. Kunming – Saya tinggal di The Hump Hostel dan sangat mengesyorkan hostel ini. Selain lokasinya di tengah-tengah bandar, ia juga berdekatan dengan 2 masjid. Kedua-dua masjid itu juga menjual makanan halal. Selain itu, di belakangnya terdapat kedai roti halal dan sedap (mungkin Breadworks namanya). Roti-roti itu menjadi bekalan saya di dalam keretapi untuk perjalanan keretapi yang panjang. Ia juga hanya berhadapan dengan stesen bas.  
    1. Dali – Di Dali pula saya tinggal di yang juga berdekatan dengan masjid dan terletak di tengah-tengah Kota Lama Dali. Pada waktu malam, laluan di depan hotel ini agak meriah juga. 
    1. Lijiang – Jika anda kesini di musim yang kurang sesak, saya cadangkan, anda kesini tanpa menempah hostel. Disini terdapat beratus-ratus hostel di celah-celah lorong yang bersimpang siur. Kebarangkalian untuk sesat mencari hotel yang anda sudah tempah adalah agak tinggi. Jadi, lebih baik anda senaraikan beberapa hostel dengan kadar yang berpatutan, dan kemudian, apabila sampai, pergi ke hostel yang anda jumpa dahulu. Ia lebih memudahkan begitu. 
    2. Salah satu lorong sunyi Old Town of Lijiang
  1. Tips lain:
    1. Jika belajar bahasa Cina serba sedikit lebih digalakkan. Kebanyakan orang China tidak pandai berbahasa Inggeris. Mungkin berbeza dengan penduduk di bandar besar seperti Shanghai ataupun Beijing, di Yunnan, masih ramai yang tidak tahu bahasa Inggeris selain ‘Yes, No, Hi, Bye”.
    2. Boleh juga gunakan aplikasi Google Translate untuk masa kecemasan, tapi anda perlu ada internet setiap kali mahu menggunakannya
    3. Walaupun tak tahu bahasa Cina, pastikan anda tahu untuk mengucapkan terima kasih dalam bahasa Cina. “Xie Xie”. Ia adalah satu cara untuk mengakhiri perbualan bahasa ayam dan itik dengan warga tempatan setelah bertanya arah atau sebagainya. Ia juga cara yang paling mudah untuk warga tempatan mengetahui kita mencuba belajar bahasa mereka.  
    4. Sentiasa bersedia untuk sesat. Jangan stress kan diri anda untuk pengembaraan anda menjadi sempurna. Saya sesat hampir setiap hari di Yunnan. Rancang perjalanan supaya tidak terlalu ketat. Tak guna pergi ke semua tempat yang ada, tapi dengan hati dan minda yang tertekan. Go with the flow. Be flexible. Dengan itu, anda lebih mudah untuk melihat cara hidup masyarakat setempat.
    5. Beli buah-buahan tempatan. Selain untuk sumber vitamin bagi perjalanan anda, ada juga sesetengah buah-buahan yang tidak terdapat di Malaysia seperti nectarine, plum hijau, ceri dan laici. Selain untuk snek berkhasiat, ia juga sebagai back-up untuk perjalanan seterusnya jika kalau-kalau susah untuk mendapat makanan halal. Saya sentiasa pastikan ada buah-buahan dalam beg.
    6. Merasai teh Yunnan dan teh Pu’er yang popular di Yunnan.  
Pengembara yang pernah kesini sering membandingkan Kota Lama Lijiang dan Kota Lama Dali. Ia sentiasa menjadi perdebatan bagi mereka yang pernah ke sini.

Setiap dari mereka pastinya lebih menyukai salah satu kota ini lebih dari yang satu lagi.
 
Old City Of Dali di sebelah belakang, pandangan dari City Wall yang mengelilingi kota lama ini
Pada saya secara peribadi, saya lebih gemarkan Dali. Pertama mungkin kerana saya sampai di Dali dahulu sebelum Lijiang. Kedua, Lijiang membuatkan saya sesat teruk untuk hari pertama dan hari-hari selepasnya. Ketiga, Dali lebih relaks dan masih kelihatan lebih tradisional berbanding Lijiang yang penuh dengan manusia dan terlalu dikomersilkan. Dali juga lebih menarik kerana tasik dan gunung yang  mengawasinya.

Jadi, jika anda sudah ke sana, Kota Lama mana yang menjadi kegemaran anda? Lijiang atau Dali?



Tentang Sesat



Sewaktu mengembara di China, saya sesat hampir setiap hari. Kerana bahasa yang tidak saya fahami dan jalan yang tidak saya tahu, saya seolah-olah hilang arah di dalam orang yang ramai. Paling hebat saya sesat hampir 4 jam, berjalan berpusing-pusing di dalam kawasan kecil kota lama Lijiang dengan membawa backpack seberat 7kg, untuk mencari hostel backpackers, yang sebenarnya sudah saya lintasi beberapa kali. Saya sudah bertanya arah kepada sekitar 15 orang namun masih sesat.

To the left to the left
Ketika di Shangri La pula, ketika sampai di stesen bas, tidak seorang pun tahu alamat yang saya tunjukkan untuk ke hostel. Pemandu teksi, orang awam ataupun kakitangan stesen bas dan hotel berdekatan semuanya memandang saya seperti alien yang bercakap dalam bahasa Klingon Star Trek. Paling hebat pun mereka hanya berkata “hello, bye bye, yes, no”. Jadi, mahu tidak mahu, saya perlu berjalan mengikut kaki melangkah, sambil berharap malaikat pelindung hantarkan seseorang kepada saya seseorang yang boleh membantu. Mungkin kedengaran agak hopeless harapan saya itu, tapi, akhirnya, itulah yang berlaku. Seorang lelaki tempatan tiba-tiba menegur dalam bahasa Inggeris kerana mungkin dia lihat saya sangat keliru waktu itu. Dia menghubungi hostel yang saya tempah dan seorang kakitangan datang menjemput dengan motosikal.

Ketika berbasikal mengelilingi Pulau Rottnest di Perth, saya sesat beberapa ketika untuk balik semula ke terminal feri. Entah macam mana boleh sesat dan berpusing-pusing di jalan yang sama, sedangkan jalan disitu kebanyakannya satu hala saja. Tapi, kalau benda hendak jadi, maka akan terjadi. Kun fayakun. Mujur, saya sempat sampai ketika semua orang sudah beratur untuk masuk ke dalam feri. Kalau tidak, mungkin saya tersadai disitu untuk malam itu.

Di New Delhi, saya dan 6 rakan lagi tersalah stesen keretapi kerana disitu terdapat beberapa stesen yang namanya lebih kurang sama, semuanya ada perkataan Delhi. Mujur ada LRT yang menghubungkan kedua-dua stesen. Namun, kami masih macam peserta The Amazing Race, terpaksa berlari supaya tak terlepas keretapi. Namun, cerita itu menjadi salah satu highlight untuk pengembaraan kami di India.

Sewaktu di New Zealand, saya mengembara bersama Jaja dengan kereta yang kami beli dengan harga NZD1300. Jaja memang Ratu Sesat. Saya pun Ratu sesat. (kami sentiasa berlawan sesama sendiri untuk menjadi Ratu Sesat Utama). Jadi awal-awal kami sudah tahu, ada kebarangkalian yang besar untuk kami sesat jika mahu kemana-mana walau sehebat mana kami merancang dan melihat peta. Jadi, kerana itu, sesat menjadi seperti hiburan. Kalau kami sesat, kami akan ketawa dan berlawak dan dalam masa sama mencari jalan yang benar dalam keadaan tidak tertekan. Itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan pergaduhan.

Konsepnya begini, kalau sesat, ia adalah tanggungjawab setiap orang dalam pengembaraan itu. Jadi kenapa perlu marah sesama sendiri. Tak selesaikan masalah pun. Kita semua tak sempurna. Begitu juga dengan setiap pengembaraan. Namun ketidaksempurnaan itulah yang memberikan sedikit twist kepada jalan cerita. Tak ada twist tak menariklah. Dan, kita tidak akan tahu apa yang kita akan jumpa ketika sesat.

Cerita di atas cuma beberapa cerita tentang sesat sepanjang pengembaraan yang lepas. Yang pasti, sesat kadangkala adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Ia adalah seperti kemestian bagi setiap pengembara, sekurang-kurangnya sekali. Kini, saya menganggap sesat adalah perkara biasa. Tak mencabar pula kalau semuanya berjalan sempurna. Ia seperti cabaran dalam Amazing Race. Puas hati bila berjaya berjumpa jalan benar semula.

Jadi, buat semua pengembara, hargai lah waktu-waktu sesat. Kadangkala ia adalah ‘blessing in disguise’. Kadangkala, ia mengajar kita tentang kesabaran. Itulah makna pengembaraan sebenar. Mengajar kita menjadi lebih baik, menangani masalah dengan lebih relaks.

Untuk cerita pertama di atas, akhirnya, satu hotel lain menawarkan untuk menelefon hostel yang saya ingin pergi. Seorang staf kemudian datang menjemput saya dengan berjalan kaki sahaja. Selepas hari itu, setiap hari saya sesat di Lijiang walaupun di tangan sentiasa ada peta. Tapi kerana itu juga saya dapat meneroka bandar itu lebih lagi.

Peta Old Town of Lijiang yang tidak pernah gagal menyesatkan saya
Tips mudah bila sesat:

  1. Keep Calm and Stay Cool.
  2. Cari kedai makan dan atau duduk minum kopi Cappucino dengan kek keju blueberry sambil tengok peta semula.
  3. Selfie (untuk yang suka selfie). It’s a way of teling yourself “Hey, I am lost and can still have a selfie. How cool is that!”) Jangan sesekali tunduk pada nafsu untuk marah atau tertekan.
  4. Dengar radio atau muzik atau karaoke lagu “The Climb” oleh Miley Cyrus. Kata Miley, “aint about how fast I get there, ain’t about what’s waiting on the other side, it’s the climb!”
  5. Berhenti, duduk dan tarik nafas dalam-dalam. Kemudian sambung perjalanan semula.
  6. Ingatkan pada diri sendiri, kamu cuma sesat, ia bukan pengakhiran dunia!

Jadi, jangan takut sesat, jom terus mengembara lebih jauh!

Mahu mengembara, tapi tak cukup duit



Kenyataan yang semua orang perlu terima adalah, tak semua diantara kita dilahirkan kaya. Memang hakikatnya ramai yang berada dalam golongan biasa-biasa. Perlu kerja pukul 9 pagi hingga 6 petang, 5 hari seminggu. Gaji pun cukup makan saja. Jadi macam mana nak mengembara? Perlukah tunggu sampai jadi jutawan baru boleh pergi mengembara? Perlukah mengikat perut untuk simpan duit untuk mengembara?
Jawapannya, terpulang kepada sebanyak mana yang kita sanggup korbankan untuk mengembara, dan sejauh mana komitmen dan azam untuk mengembara melihat dunia dan mencari pengalaman. 

Beberapa tips dibawah adalah yang biasa saya amalkan untuk membolehkan saya mengembara setiap tahun. Memang, kalau boleh, saya mahu mengembara sepanjang tahun, tapi, realiti dunia ini tidak mudah begitu. Tidak mustahil untuk mengembara sepanjang tahun sebenarnya. Kalau mahu pasti ada cara. Tapi buat masa ini, memgembara sekurang-kurangnya sekali setahun lebih baik dari tidak mengembara langsung kan.

Jadi, jom kita lihat beberapa pilihan yang ada untuk membolehkan kita mengembara setiap tahun.

  1. Berjimat – Mungkin ini adalah pilihan yang agak sukar sekiranya anda mengamalkan cara hidup high class. Setiap bulan mesti beli baju dan kasut di FashionValet. Ansuran kereta RM800 sebulan. Duit gaji untuk itu sahaja sudah lebih separuh. Belum lagi masuk sewa rumah, makan dan sebagainya. Hujung bulan dah nyawa-nyawa ikan. Macam mana nak mengembara. Jadi, saya cadangkan, jika yang belum beli kereta, beli yang 2nd hand sahaja, atau jika kereta baru pun, cari yang bayarannya kurang dari RM500. Pakaian juga tidak perlu banyak sangat, cuma perlu pandai untuk mix and match. Kata orang tua, alah membeli menang memakai. Kebanyakan masa, harga bukanlah yang paling penting untuk kelihatan presentable, di pejabat atau keluar rumah. Macam inilah, ia sebenarnya mengikut priority diri sendiri. Ada perkara yang kita boleh kompromi dan ada yang tidak. Jadi, tepuk dada tanya selera. Jika mahu mengembara perlu tetap pendirian. Tak perlu menjadi seperti orang sekeliling. 
  1. Masak di rumah – Yang ini memang saya sentiasa amalkan. Masak dirumah bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga lebih berkhasiat dan lebih bersih. Mungkin sukar bagi orang yang tidak suka memasak, tetapi sekurangnya masaklah untuk satu hidangan dulu seminggu, kemudian jadikan amalan harian. Mulakan dengan yang mudah-mudah macam nasi goreng, mi/mihun goreng, sup sayur dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk membuat persiapan awal supaya tak banyak masa terbuang untuk masak sahaja. Sebenarnya, tak perlu berlapar perut untuk mengembara, cuma perlu lebih disiplin dan bijak mengurus masa dan wang.  
  1. Beli tiket kapal-terbang awal – Secara peribadi, saya akan pastikan saya membeli tiket awal-awal, selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh berlepas. Kadang-kadang saya beli tiket setahun lebih awal bila Air Asia ada promosi RM0. Membeli tiket saat akhir adalah sesuatu yang berisiko dan lebih mahal. Enam hingga sembilan bulan sebelum tarikh berlepas adalah masa terbaik untuk membeli tiket biasanya. Lagi pun, tak ada salahnya membeli tiket awal-awal. Selain murah, kita juga punya lebih masa untuk merancang perjalanan, dan perancangan awal biasanya mengurangkan kos pengembaraan.
  1. Daftar newsletter untuk promosi  terkini – Jika ingin lebih bijak, daftar newsletter syarikat penerbangan. Dengan ini kita akan sentiasa tahu tentang promosi terkini. Kalau boleh, jangan pernah beli tiket dengan harga asal. Ia adalah sesuatu yang boleh dielakkan. Tunggu sehingga ada promosi. Sekurang-kurangnya, sebagai rakyat Malaysia, daftarlah untuk newsletter Air Asia. Ia adalah syarikat penerbangan paling murah untuk rantau Asia. (p/s:Saya tak dapat apa-apa keuntungan pun mempromosikan Air Asia, cuma, secara peribadi, Air Asia lah yang menjadikan saya seorang pengembara seperti sekarang ini, itu sahaja)
  1. Buat kajian di internet – Banyak informasi di internet tentang promosi ataupun perbandingan harga. Anda boleh cuba Skyscanner untuk membandingkan harga kapal terbang mengikut bulan ataupun hari. Juga Kayak, Expedia dan sebagainya.
  1. Kompromi – Untuk mengembara lebih lama, lebih jauh, 3 perkara yang perlu kompromi adalah makanan, penerbangan, pengangkutan dan penginapan. Sentiasa pilih syarikat penerbangan tambang murah, tapi sekali sekala bandingkan dengan kapal terbang biasa kalau-kalau ada promosi. Untuk pengangkutan lain, sentiasa gunakan pengangkutan awam yang digunakan oleh orang tempatan. Contohnya, gunakan ujek atau becak di Indonesia, tuk-tuk di Thailand dan Kemboja, trishaw di India. Bas awam atau keretapi juga adalah biasanya lebih murah berbanding van charter. Makan di tempat penduduk tempatan pergi makan, bukan di kawasan pelancongan. Street food biasanya sangat menarik untuk dicuba, cuma pastikan ia bersih. Untuk penginapan, hostel dan backpackers adalah pilihan terbaik bagi saya setakat ini. 
Trishaw di India. Satu trishaw boleh muat maximum 4 orang. Jangan lupa tawar menawar kalau harga tak tetap.
  1. Pilih negara yang murah – Secara umumnya, kita tidak begitu bertuah dari segi mata wang. Jika warga Australia yang menyimpan AUD1000 untuk mengembara, mereka sudah boleh mengembara di mana-mana negara Asia Tenggara. Tapi jika kita menyimpan RM1000, itu kurang dari AUD300 pun. Jadi, faktor mata wang memang tidak memihak kepada kita dan kebanyakan negara Asia. Namun, tidak semestinya kita tidak boleh mengembara seperti mereka. Banyak juga negara yang rendah sedikit taraf hidupnya dari Malaysia seperti Vietnam, India dan Mongolia. Banyak lagi sebenarnya negara Asia yang belum kita terokai seperti Kyrgyztan, Pakistan dan Myanmar juga. Pada saya, ini adalah masa terbaik untuk melawat negara-negara Asia kerana masih banyak yang belum dikomersilkan. Jadi, kita akan dapat melihat budaya, pemandangan, dan cara hidup yang lebih tradisional, lebih authentic.
Kata orang, no pain no gain. Setelah bersusah payah menyimpan wang dan menjadikan cita-cita untuk melihat tempat baru dan pengalaman baru tercapai, ia akan sesuatu yang paling manis. Kemanisan yang tidak dirasa oleh mereka yang mudah-mudah saja mendapat wang. Cubalah. Tetapkan satu eksplorasi, dan disiplinkan diri untuk menjayakannya. Semoga awak sendiri merasa kemanisan itu nanti. 

YOLO. Pergilah mengembara!
 p/s: Kalau nanti orang kata “Selalu mengembara sangat, untunglaaa, banyak duit”, balas saja ‘Alhamdulillah’. *kenyitmata*

Jom mengembara lebih jauh!

10 yang mesti ada dalam backpack

Jam sudah pukul 2 petang dan kapal terbang akan berlepas 3 jam lagi. Beg belum habis kemas. Panic attack! Jangan risau, yang penting periksa senarai di bawah dulu, kalau semua ada, insyaallah, akan baik-baik saja nanti.

Setiap orang ada senarai tersendiri untuk mengemas beg sebelum memulakan pemgembaraan. Ada yang tidak boleh tinggalkan hair dryer, ada yang sentiasa perlu membawa bantal busuk. Namun tak kira dekat atau jauh, saya kira senarai di bawah adalah satu kemestian untuk semua pengembara.  


1. Berus Gigi dan ubat gigi- Memang berus gigi ada dijual dimana-mana. Tapi bayangkan awak tiba di hostel jam 10 malam dan kedai sudah tutup. Kadang-kadang, tempat yang awak pergi tak ada berus gigi lembut macam awak selalu pakai dirumah. Pendek cerita, bawa sajalah berus gigi. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku tanpa berus dan ubat gigi.

2. Tuala - Kalau siapa tengok 'The Hitchhiker's Guide to the Galaxy', tentu mereka tahu tentang kepentingan tuala. Tapi, bukan saja di angkasa lepas, tuala juga sangat penting untuk pengembaraan di atas muka bumi ini. Tak ada keraguan yang munasabah tentang itu.

3. Selipar - Selalu orang lupa tentang selipar. Tapi percayalah, awak akan sentiasa perlukan sepasang selipar. Tak kira selipar RM10 pasar malam atau RM70 Ipanema.

4. Undies - Kata orang putih, tak ada yang lebih selesa di perantauan selain clean, dry and comfortable underwear. Itu benarr sekali sahabat.

5. Telefon - Kalau di zaman batu mungkin tidak apa. Sekarang ia perlu dibawa kemana-mana untuk memudahkan komunikasi dan meng'update' status di Facebook atau berkongsi gambar selfie di Instagram. Juga sebagai kamera kompak.

6. Passport/& Kad pengenalan - Jangan fikir awak boleh kemana-mana tanpa salah satu dari dokumen ini. Pastikan passport sah tidak kurang dari 6 bulan lagi.

7. Tiket - Jangan sampai ke lapangan tanpa tiket. Haru nanti. Kalau sudah check-in online, jangan lupa bawa boarding pass

8. Duit tunai - Tak kiralah yang sudah ditukar kepada matawang asing atau tidak.

9. Kasut - Kasut selesa yang biasa di pakai untuk berlari atau berjalan. Jangan kasut yang baru dibeli 2 hari lepas.


10. Pemotong Kuku dan sikat- Jangan underestimate kepentingan pengepit kuku.


Jika sudah ada semuanya di atas, awak sudah boleh ke lapangan terbang dengan hari tenang. 

Jom mengembara lebih jauh!